1. PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKANAN
Penduduk di negara kita sangat untung kerana mempunyai banyak makanan.
Kadang kala, kita mempunyai lebihan makanan yang tidak dijual segar. Dengan ini kita harus
memproses makanan tersebut. Antara tujuannya ialah :-
menggelakkan
makanan dari dirosak oleh mikroorganisma (supaya tahan lama), memudahkan pencernaan, memperbaiki
rupa makanan dan mencegah jangkitan penyakit.
kaedah pemprosesan makanan.
KAEDAH
|
CARA
|
CONTOH MAKANAN
|
KEBAIKAN
|
KELEMAHAN
|
PENGETINAN [CANNING]
|
makanan
diletakkan dalam tin dan dipanaskan pada suhu 116oC - 121oC,
ditutup dan dipateri.
|
Kari Daging, Ayam dan tuna
|
Makanan boleh
disimpan lama dan senang dibawa kemana-mana.
|
Tin mahal dan jika tin kemek boleh menyebabkan makanan terdedah kepada
jangkitan mikroorganisma serta bahan toksik dari tin.
|
PEMPASTEURAN [PASTEURIZATION]
|
Pemanasan cecair pada suhu 63oC selama 30 min atau 72oC
selama 15 s
|
Susu, Wain dan
Jus
|
Kemusnahan vitamin
adalah sedikit dan kebanyakan mikroorganisma berbahaya dibunuh
|
Waktu simpanan
adalah tidak lama dan pemprosesan jenis ini adalah khas untuk cecair sahaja.
|
PENDEHIDRATAN [DEHYDRATION]
|
Sama maksud
dengan "pengeringan". Makanan dijenur dibawah cahaya matahari atau
meletakkan makanan dalam garam. Penggunaan oven juga boleh dilakukan.
|
Ikan Masin, Bunga Kekwa, Teh dan Sayur
|
Jisim makanan
kurang dan senang dibawa. Makanan tahan lama dan tidak mudah dijangkiti
mikroorganisma.
|
Rasa berubah dan
kebanyakan vitamin termusnah.
|
PENYEJUKBEKUAN [FREEZING]
|
Simpanan dalam
peti sejuk dibawah -18oC
|
Ikan, Daging Lembu, Sosej dan Ais krim
|
Makanan boleh
disimpan lama.
|
Makanan susah untuk dibawa dan memerlukan kos yang tinggi.
|
PENDINGINAN [CHILLING]
|
Simpanan dalam
peti sejuk bersuhu 0oC - 5oC
|
Sayur-sayuran, Buah-buahan, Mentega dan Telur
|
Vitamin boleh dikekalkan dan tahan lebih lama
|
Susah dibawa dan memerlukan kos yang tinggi
|
PEMBUNGKUSAN
VAKUM [VACUM PACKAGING]
|
Makanan disimpan
dalam plastik kedap udara setelah udara didalamnya disedut keluar.
|
Kacang tanah, Sosej, Keropok dan Daging disejukbeku
|
Tahan lama dan
mengurangkan ruang simpanan.
|
Kos yang mahal
dan memerlukan mesin pemvakuman yang mahal.
|
PENYINARAN [RADIATION]
|
Makanan
didedahkan kepada sinaran radioaktif untuk membunuh serangga dan
memperlahankan percambahan.
|
Biji Benih, Bawang dan kentang
|
Vitamin tidak
termusnah.
|
Mungkin mendatangkan kesan sampingan dan memerlukan kos yang mahal.
|
Semasa
menjalankan pemprosesan makanan, pengilang akan menambahkan bahan kimia. Bahan Kimia ini mempunyai fungsi yang
tertentu :-
BAHAN KIMIA
|
FUNGSI
|
CONTOH BAHAN KIMIA
|
CONTOH MAKANAN
|
Bahan Awet
|
Menyebabkan
makanan tahan lama
|
Garam dan Gula
|
Buah-buahan
kering dan sos
|
Pewarna
|
Menyebabkan
makanan kelihatan sedap
|
pandan (hijau),
karamel (Coklat)
|
Kaya dan kicap
|
Perisa
|
Menambahkan rasa supaya lebih sedap
|
Monosodium
glutamat (MSG) nama pasaran ialah "ajinomoto"
|
Makanan ringan
dan mee
|
Penstabil
|
Mencegah makanan dari termendap ke bawah
|
gam akasia
|
Sos dan mayonis
|
Pengantioksida
|
Mencegah makanan berlemak menjadi busuk
|
Vitamin E dan
BHA (butyl hidroksianisol)
|
Minyak masak
|
Pengemulsi
|
Membaurkan lemak dan air
|
Lesithin dan
Pektin
|
Aiskrim, Coklat
|
Peluntur
|
Meluntur warna asal makanan
|
Karbon teraktif,
benzoil peroksida
|
Minyak sawit,
tepung
|
Pemanis
|
Menambah rasa manis makanan
|
Gula, madu dan
Aspartam
|
Kuih, cordial
minuman
|
Walaupun pada
mulanya penggunaan bahan kimia menolong dalam pemprosesan makanan, penggunaan
yang berlebihan boleh mendatangkan kemudaratan (kesan buruk). Penggunaan bahan
kimia seperti sulfur dioksida, asid benzoik dan asid sorbik boleh menyebabkan
penyakit seperti sesak nafas, gatal dan kanser. Oleh itu kerajaan telah
menggubal undang-undang untuk melindungi pengguna dari bahan kimia makanan yang
tidak dikawal. Akta makanan (1983) diwujudnya bertujuan menghindari pengilang
makanan dari menggunakan bahan kimia secara berleluasa tanpa kawalan. Penggunaan
bahan kimia merbahaya seperti nitrit dalam daging dapat dihalang. Nitrit telah
terbukti boleh menyebabkan penyakit kanser.
Bahan
tambah
|
Kesan
buruk
|
bahan awet
|
lelah, kulit gatal, cirit birit
|
pewarna
|
kanser, mandul,
keracunan makanan
|
peluntur
|
kanser
,keracunan makanan
|
perisa
|
sesak nafas, migraine, sakit dada
|
pemanis
|
kanser
|
pengantioksida
|
kerosakan
hati, otak, ginjal
|
2. USAHA MENINGKATKAN KUALITI MAKANAN
Disebabkan
pertambahan penduduk, usaha untuk meningkatkan kuantiti (Jumlah) dan kualiti
makanan hendaklah dipertingkatkan dengan aktiviti pertanian dan pemprosesan
makanan. Terdapat pelbagai cara ia dapat dilakukan.
Penggunaan baka bermutu
Usaha untuk menghasilkan
baka tumbuhan dan haiwan yang bermutu tinggi sedang giat dijalankan di negara
kita. Kejayaan yang telah kita capai adalah seperti penghasilan kelapa sawit
jenis tenera yang menghasilkan banyak buah dan minyak. Buah betik eksotika
menghasilkan buah yang manis dan besar. Kacukan lembu tenusu (menghasilkan
susu) dengan baka dari iklim tropika menghasilkan baka yang boleh menghasilkan
susu yang banyak dan tahan cuaca panas.
Penggunaan Teknologi Moden
Selain menggunakan baka yang bermutu tinggi, kita harus juga menggunakan
teknologi moden. Penggunaan mesin dalam aktiviti pertanian telah membantu para petani
mengatasi masalah pekerja mahir. Penggunaan mesin juga meningkatkan
produktiviti. Penggunaan teknologi pengklonan dapat menghasilkan hasil yang seragam
yang menbolehkan pemprosesan makanan lebih senang.
Makanan "Gergasi" [Monster Food]
Merupakan istilah yang merujuk kepada makanan yang dihasilkan dari dari
tumbuhan yang telah diubahsuai melalui kaedah genetik. Tumbuhan yang kandungan
genetiknya telah diubahsuai boleh menghasilkan buah yang besar serta tahan
terhadap cuaca dan penyakit. Usaha menghasilkan makanan dari tumbuhan ini walau
bagaimanapun telah menimbulkan masalah pencemaran dan kesan buruk kepada alam
sekitar.
Selain
dari usaha diatas, pendidikan petani, pengurusan tanah yang cekap serta optimum
boleh meningkatkan kuantiti makanan.
3. TANPA MAKANAN ?
Bayangkan apa yang akan berlaku jika kita kekurangan makanan?. Sudah
pastilah ramai yang akan kekurangan zat makanan akibat pengambilan makanan yang
tidak seimbang. Pada akhirnya ramai yang akan mati kebuluran. Kita sangat
beruntung kerana mempunyai bekalan makanan yang mencukupi. Kualiti makanan kita
juga jauh telah meningkat. Ini adalah kerana hasil titik peluh saintis-saintis
kita yang terlibat secara langsung dalam industri makanan negara. Para saintis
seperti teknologis makanan dan ahli pertanian telah menggunakan teknologi moden
untuk menambahkan pengeluaran makanan negara.
4. PILIHAN BIJAK
Oleh kerana kita didedahkan dengan bermacam-macam jenis makanan terproses,
kita hendaklah membuat pilihan bijak supaya kita boleh mendapatkan makanan yang
selamat dan berzat. Walaupun aktiviti pemprosesan makanan dikawal rapi
menggunakan Akta Makanan (1983) namun kita harus menggunakan kebijaksanaan apabila
membeli makanan. Maklumat yang terdapat pada pembungkus hendaklah dibaca dengan
teliti sebelum membelinya. Kita juga hendaklah peka supaya tidak hanya tertarik
kepada pembungkus yang cantik dan maklumat yang mengelirukan seperti tanda
"tanpa Kolestrol", "Bervitamin Tinggi" dan sebagainya.
Sebagai seorang konsumer (pengguna) yang bijak kita berhak untuk menolak
makanan yang telah rosak serta membahayakan seperti tin yang berkarat. Aduan boleh dibuat
menerusi Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Akhirnya kita
hendaklah sedar bahawa masalah akan timbul jika pengeluaran makanan negara
tidak boleh menyaingi pertambahan penduduk. Sebagai individu kita hendaklah
menghindari segala pembaziran makanan seperti membuang sisa makanan yang boleh
dikitar semula.
5. Pemilihan Makanan Yang Diproses
Akta Makanan 1983 digubal bertujuan untuk melindungi orang ramai daripada ancaman kepada kesihatan serta penipuan yang berkaitan dengan pembuatan, penjualan, pengedaran dan penggunaan makanan. Peraturan Makanan 1985 mewajibkan pengeluar melabelkan makanan yang mesti mengandungi:
√ Nama Makanan
√ Kandungan makanan/Ramuan
√ Tarikh luput
√ Nama dan alamat pengilang/pengimpot/pembungkus makanan
√ Kuantiti/Berat bersih
√ Cara penyimpanan
9 comments:
terima kasih atas info yang begitu baik..tapi,saya cadangkan lebih baik masukkan tentang hubungkait kaedah pemprosesan makanan dengan faktor yang merosakkan makanan,,sebab kami sedang buat folio dan maklumat tuu...susah nak cari.tq
thanks cg
I like this..
Alright...
What I'm going to tell you may sound kind of creepy, and maybe even a little "strange"
HOW would you like it if you could just push "PLAY" and listen to a short, "magical tone"...
And miraculously attract MORE MONEY into your life?
I'm talking about thousands... even MILLIONS of DOLLARS!!
Think it's too EASY? Think something like this is not for real??
Well then, I'll be the one to tell you the news...
Sometimes the greatest blessings life has to offer are also the EASIEST!!
Honestly, I will PROVE it to you by letting you PLAY a real-life "miracle abundance tone" I developed...
And do it FREE (no strings attached).
YOU just hit "PLAY" and watch as your abundance angels fly into your life... starting so fast, you will be surprised...
CLICK here NOW to play this marvelous "Miracle Money-Magnet TONE" - as my gift to you!!
3 kaedah pemprosesan yang sesuai untuk buah durian tahan lama??
Terima kasih , kerana info ny memberi bantuan untuk saya mengkaji
✊
✊
✊
Post a Comment