Wednesday, October 15, 2008

Pecutan akhir SPM

PENGENALAN
1. Persediaan jiwa dan mental mempunyai kaitan rapat dengan persediaan fizikal. Anda tidak boleh menghadapi peperiksaan dengan tenang dan yakin jika badan anda letih lesu. Tubuh badan anda perlu berada di dalam keadaan yang paling baik menjelang peperiksaan. Jiwa dan mental yang kukuh berpunca dari tubuh yang sihat.
2. pecutan terakhir boleh menjadi suatu strategi ampuh untuk menghadapi peperiksaan. Pada tahap ini, persediaan fizikal, mental dan spiritual perlu dimantapkan.

PERSEDIAAN FIZIKAL
1. Jaga kesihatan – rehat, tidur, keluarkan peluh, makanan/minuman.
2. Peralatan peperiksaan – kad pengenalan, angka giliran, jadual peperiksaan, alat tulis, meja tulis.
3. Pakaian seragam sekolah yang lengkap, menyelesakan diri dan orang lain serta menepati peraturan.

PERSEDIAAN MENTAL
1. Ulangkaji secara konsisten
2. Memburu guru
3. Bina dan kekalkan keyakinan diri
4. Dorongan ibu bapa
5. Bisikan rakan sebaya
6. Maruah masyarakat

PERSEDIAAN SPIRITUAL
1. Solat-solat fardhu
2. Solat sunat
3. Puasa
4. Baca Quran
5. Zikir
6. Doa

GANGGUAN PEPERIKSAAN
1. Kestabilan emosi
2. TV
3. Telefon
4. Cinta terlarang
5. Sukar untuk berkata “Tidak!” pada masa bersesuaian

PANDUAN MENGATASI KETIDAKSTABILAN EMOSI
1. Persediaan awal peperiksaan
2. Tidak menangguhkan kerja
3. Elakkan budaya “last minute”
4. Pengurusan diri yang sistematik
5. Bajai semangat ingin dan terus berjaya
6. Saranan kendiri: aku berpotensi
7. Hayati kata-kata yang memberi motivasi : lekat @ ‘frame’kan
8. Makanan/minuman seimbang
9. Libatkan diri dengan aktiviti sukan
10. Jaga waktu rehat/tidur
11. Berkawan dengan rakan yang punya motivasi diri yang tinggi
12. Sering memburu guru dan bertanya
13. Praktis “Study Smart”
14. Adakan senarai semak tindakan
15. Doa
16. Tawakal kepada Allah

PANDUAN PEPERIKSAAN
1. Pada malam peperiksaan, eloklah tidur lebih awal
2. Ambil sarapan secukupnya
3. Pastikan senarai semak peralatan peperiksaan dipenuhi
4. Uruskan pengangkutan (@ penginapan asrama)
5. Legakan fikiran di dewan peperiksaan (ketepikan pengaruh persekitaran semasa)
6. Melangkah ke dewan peperiksaan dengan tenang
7. Pastikan ‘jam anda’ tepat untuk digunakan
8. Pastikan maklumat peperiksaan lengkap
9. Kerusi & meja peperiksaan anda selesa
10. Baca arahan peperiksaan dengan teliti dari segi
• Masa yang diberikan
• Panjang kertas peperiksaan: soalan & bahagian
• Markah yang diperuntukkan
• Kemudahan yang diberikan; kertas kosong/graf, buku sifir
• Cara menjawab; objektif, esei, isi tempat kosong, lakar/lukis
11. Mulakan dengan “Bismillah” disamping anda perlu amati perkara berikut:
• Arahan/penerangan pengawas peperiksaan
• Telitikan soalan, tandakan soalan yang anda ingin jawab (jika pilihan)
• Bahagikan masa dengan bijak
• Buat soalan senang dahulu
• Jangan panic
• Semak jawapan sebelum masa tamat
• Berhenti menulis bila diarahkan dan serahkan kertas jawapan dengan keyakinan
• Keluar dewan peperiksaan dengan kejayaan

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN & SELAMAT BERJAYA !

Tuesday, August 5, 2008

Teknik Belajar (part 2- agar tak lupa)

Pelajar cemerlang mengetahui apakah petua2 utk kuatkan ingatan & tdk mudah lupa . Berikut antara perkara yang banyak diperbincangkan oleh pakar motivasi..

a.Elakkan makan kepala ikan.

Kalau nak mkn boleh tapi,kena baca doa.Baca doa utk m'hindarkan mudharat.Bacalah : Bismillahirrahmanirrahim.....Bismillahillazi la ya durru ma'as mihi syai'un fil ardhi wala fis sama'i wa huwas samiul 'alim.Barulah kita mkn benda2 yg mungkin boleh menyebabkan ingatan kita t'gugat.Kepala ikan ada m'punyai unsur2 yg boleh antara lain,menyebabkan kita jadi pelupa.Tapi,kalau nak mkn boleh sebab ianya benda yg halal.Tapi,kita baca doa yg tlh saya sebutkan tadi agar t'hindar drpd kesan negative,unsur atau bahan yg ada dlm kepala ikan.

b.Elakkan makan bahan2 dalaman spt : ~ limpa,hempedal,paru,perut,hati & jantung.

Ini semua mmg sedap tapi ini bhn2 dlman ni,bak kata separuh ulama' " ianya mmg boleh menyebabkan kita mudah lupa".Kalau nak mkn juga,s'kali-sekala.....bacalah doa bagi hindari mudharat.

c.Elakkan minum waktu makan.

Ertinya,kita minum kalau ikut kaedah rasululah s.a.w,nabi akan minum bila ? 1 jam sblm makan atau 1 jam selepas mkn sebab bila kita mkn waktu minum,p'hadaman kita akan t'gugat sebab bila air yg kita minum waktu mkn tu,akan m'cairkan enzime2 & juga asid2 dlm perut yg m'bantu p'hadaman.Gastrik jus yg m'bantu p'hadaman akan jadi cair.P'hadaman slow.Jadi,otak kita tak b'sedia utk dpt ilmu.Jadi,lama selepas mkn mlm kita patut studi.Sebenarnya,kita patut studi 2 jam selepas mkn mlm,kalau waktu mlm lar.Tapi,kalau kita mkn pukul 8:00 p.m,maka mmg susahlah kita nak studi pd waktu yg munasabah.Kalau mkn pukul 8:00 mlm,kita cuma boleh studi dgn sempurna ataupun b'kesan.Pukul 9:30 p.m paling cepat & biasanya pukul 10:00 p.m.Akhirnya,ramailah org mkn mlm lewat,susah nak studi,susah nak pandai,mudah mengantuk akhirnya kecundang dlm hidup ini.Tengok tu,benda2 kecil tapi besar dia punya kesannya.

d.Elakkan meminum atau makan makanan yg ada kuah yg t'cemar dgn semut.

Mmg dlm semut ada unsur2,ada bahan kimia dlm semut yg boleh menyebabkan org jadi pelupa.Buanglah mknan yg dicemari semut itu.Mudah2an Allah tdk anggap m'bazir sebab Allah tahu kita nak m'elakkan drpd m'mkn benda yg tlh t'cemar oleh semut yg mati di dlmnya.Nabi pesan,"elakkan mkn terlalu kenyang,ini juga otak jadi lembap sebab perut yg kenyang,kepala jadi kosong".Omar Al-Khatab sebut "perut kenyang,kapala kosong".Itu sebenarnya tak boleh studi bila lepas mkn.Justeru,kita kena mkn wal.Itu sebabnya Nabi Muhammad mkn mlm sblm maghrib.

e.Kalau org kencing berdiri,mudah jadi pelupa.

Org yg suka m'lihat kemaluan,sendiri punya ker....org lain punya pun, mudah lupa & mudah rabun.Kecuali,itulah kerja kita.Kerjanya jadi Tok Mudim,mmglah tengok kemaluan org.Atas sebab2 teknikal,itu tak mengapa.Harus.

f. Elakkan m'baca nama di batu nisan.Kalau tak derk kerja,jgn baca nama di batu nisan.Tapi,kalau nak cari keluarga punya kubur,it's okay !!! Tapi,"kalau kita saja2 hobi nak baca nama di batu nisan,otak kita jadi pelupa"kata ulama'2 sufi.Sebab nama2 kat batu nisan ialah nama2 yg mati.Nama org yg mati,takut2 otak kita pun mati.Itu tujuan dilarang kita m'baca nama di batu nisan.Kecuali,nak m'cari kubur keluarga atau org yg kita nak tahu di mana tanah p'kuburannya.

g. Elakkan dr tengok buih.Buih sabun,buih air,buih lautan.Sebab buih ni,benda yg tak kekal,benda yg mudah pecah.Maka bila kita tengok benda2 yg mudah mudah pecah.Otak kita pun mudah pecah ingatan.

h. Mkn byk makanan mengandungi kacang t'utamanya kacang soya,buah badam,tempe,tauhu,taufufa,air tauhu & sebagainya.Ini semua,INSYA-ALLAH asbab kpd menguatkan daya ingatan.Sebab dlm kacang2 ini,ada bhn2 yg menguatkan ingatan jangka pendek,jangka sederhana,jangka pjg.

i.Otak kita perlukan gula & juga oksigen.So,utk menambah gula dlm bdn,yg dpt digunakan oleh otak ,mknlah kismis,buah badam,buah kurma & madu.Madu minum 1 sudu ker....kalau tak derk pun,selang s'hari utk m'rangsang otak kita.INSYA-ALLAH.

j.Pakai minyak wangi ketika belajar atau masa nak pergi peperiksaan.Ini bagus,ada sunnahnya utk lelaki & utk perempuan b'pada-pada.Jgn sampai terlalu kuat baunya.

k.Of course,pakai minyak rambut dgn m'gosokkan kepala kita.

Kita letak minyak rambut kat kepala kita,dgn gosok & urut kulit kepala kita.Ini akan m'rangsang IQ,m'rangsang daya ingatan.Ini kata pakar2 yg m'kaji.

(15)Riadah 3/4 kali s'minggu & s'tiap kali riadah s'kurang2nya 30 minit.Otak yg cerdas dtg dr bdn yg sihat.Kalau anda tak riadah,mcm mana nak sihat tubuh bdn ??? Seterusnya,mcm mana nak m'rangsang otak jadi hebat ??? Justeru,disarankan nak jadi pelajar cemerlang,tolong exercise !!! Tapi,jgn main sampai 1 jam,2 jam sampai letih sgt,tak boleh studi waktu mlm.So,b'pada-pada riadah s'tiap hari.PLEASE DO THAT !!!!!!! utk dpt supplied oksigen dlm badan sebab kita exercise,kita akan byk m'ambil udara & oksigen.Bdn akan kaya oksigen,otak akan dpt supplied oksigen.Dan otot2 kita semua dlm keadaan yg supply,dlm keadaan yg flaxsible,dlm keadaan cantik,kukuh,padu,padat & kuat.INSYA-ALLAH,sebab s'tiap organ juga akan b'fungsi dgn lebih cemerlang.

(16)Pelajar yg cemerlang,dia cekap mengatur jadual waktu.Ibarat org yg nak pergi ke suatu destinasi,tapi tak tahu arah mana nak pergi,jln mana dia nak ikut.Tetapi,jadual waktu ni,kalau kita nak jadi org yg disiplin kita kena bentuk jadual waktu yg anjal,yg seronok,yg flaxsible.Dlm jadual waktu,kena ada waktu belajar,kena ada waktu rehat.Bubuh kat jadual waktu tuh.Bila waktu tidur,bila tengok tv,bila exercise,bila lepak2 kejap,bila riadah,bila b'sukan,ada dlm2 tu.Barulah kita seronok.Jadual waktu yg seronok,kita pun seronok utk ikut.Dan bila buat jadual waktu,jadual waktu kena anjal & kena selaras dgn apa subjek yg diajar oleh cikgu2 pd hari t'sebut.Dan subjek yg kita plg rasa lemehlah,tak berapa cekap kita buat dulu.Yg kita seronok,yg kita mudah skor bubuh last sebab waktu tu,mungkin kita letih sikit,kita dah penat sikit.Waktu tuh,subjek yg plg kita suka.Kalaulah,kita lemah Matematik & Sains,kita studi pulak...bubuh kat last.Apa jadi ??? U nak tengok kulit buku jerk...."Aku tiba2 pulak mengantuk......." Tengok buku t'bayang muka cikgu,dah nak mengantuk.Akhirnya,dia langsung tak studi subjek yg dia boring.Akhirnya,dia gagal.Lepas tu,jadi 1 kitaran sengsara, dia terus tak minat.Akhirnya,dia rugi besar.Subjek yg susah,bubuh awal2 maksudnya tengah segar.Subjek yg paling minat,bubuh hujung2 sebab bila anda sampai ke situ....anda tetap akan seronok .Sebab itu subjek yg anda minat.

(17)Cara nak menyerlahkan k'hebatan diri iaitu langkah bijak pelajar cemerlang ialah :-

Kenalah bentuk sifat2 yg cemerlang.

a.Pelajar cemerlang taat kpd ALLAH SUBHANALLAH.

Ertinya sembahyang kita jaga.Org islam sembahyang 5 waktu s'hari s'mlm.

b.Hormati ke-2 ibu bapa & sentiasa m'doakan mereka.

INSYA-ALLAH,pintu rezeki akan t'buka & mudah kita jadi pelajar cemerlang.

c.Hormat & sayang guru.

Doakan guru.Bila habis kelas terus sebut "Terima kasih cikgu, minta maaf cikgu" "Halalkan ilmu cikgu!!! " INSYA-ALLAH, kita akan dpt. keberkatan dlm ilmu yg diajar oleh guru. Mudah2an,mudah jadi pelajar cemerlang dunia dan akhirat.

d.Kita sentiasa bermotivasi tinggi, bersemangat, bersunguh2.

Bila kita nak belajar, seronok dgn setiap mata pelajaran. Kita gunakan kaedah belajar yg betul,suka s'tiap mata pelajaran yg kita pelajari,sedia bantu kawan & sedia menerima bantuan bila perlu & org lain yg m'bantu org lain. Mudah ALLAH m'bantu kita.Bak kata nabi "ALLAH akan tolong hambanya,selama hambanya menolong saudaranya".Dan byk2 b'doa,serah pd ALLAH,selepas b'doa,selepas b'usaha dgn tawakkal tu 'alAllah.

o.k. boleh ikut tak ?

Monday, August 4, 2008

Teknik Belajar

Manusia ada 2 bhgn otak :

i -otak kanan - otak sastera, kreatif, inevatif.

ii -otak kiri - otak sains,sistematik,logik & rasional.

~M'gunakan k'dua-dua bhgn otaknya semasa belajar.

(2)Pelajar yg cemerlang m'rangsang k'semua deria yg digunakan dlm proses p'belajaran.Cthnya kajian menunjukkan bhw,kita ingat cuma 10% apa yg kita baca, jadi kalau ada pelajar yg rajin baca buku 3-4 jam s'hari s'mlm,dia baca,dia buat nota,dia underline2,dia artlinekan.Okaylah tu,baguslah tu.Tapi,kita cuma dpt ingat 10% aje apa yg kita baca.Jadi,tdk efisen,tak b'kesan.....penat belajar.Dan ikut kajian,kita ingat 20% apa yg kita dengar.Jadi,kalau kita m'dengar cikgu ajar dgn teliti,kita mungkin ingat s'hingga 20%.That's not bad,tapi masih tak efisien,kita ingat 50% drpd apa yg kita dengar & kita lihat.Jadi,kalau apa yg cikgu ajar,tengok apa yg dia tulis & kita catat apa yg cikgu tulis atas papan tulis.Kita mungkin ingat s'hingga 50%.Kita ingat 70% dr apa yg kita sebut atau yg kita cakap s'cara jahal.Jadi,ini satu p'dekatan yg penting.Everytime,kita nak belajar,kita kena sebut balik apa yg tlh kita faham,apa yg tlh kita ingat.Dan kita transfer dlm kepala kita.Kena sebut kuat-kuat.Ini yg sedang digunakan utk m'rangsang memori,utk m'rangsang pemikiran kita.Kita sebut nama org2 & kita akan ingatkan.Dan kajian juga menunjukkan bhw,kita ingat s'hingga 90% perkara2 yg tlh kita amalkan atau kita praktikkan.Dan ini b'maksud kalau kita study waktu mlm,kita buat nota,kita buat peta minda & s'baiknya,kita mesti jawab soalan.Soalan diakhir bab,soalan peperiksaan yg lepas,contoh2 soalan,soalan ramalan & s'bagainya.Ini kita kena lakukan tiap2 mlm.S'bagai s'bhgn drpd kaedah kita m'ulangkaji.Barulah kita dpt kesan yg maksimum.Ini namanya p'belajaran yg m'gunakan kaedah output learning.Bknnya input.Input learning tu,baca buku & buat nota.Kaedah output,kita kena belajar.....faham,buat nota,buat peta minda,and then,kita jawab soalan.Kita jawab soalan tu,utk m'uji setakat mana kita faham.Dan kaedah ini,akan m'bantu kita utk ingat s'hingga 90% drpd apa yg tlh kita pelajari.Makin byk kita gunakan deria,lagi byk kita m'dpt ingat.INGAT !!!ini kaedah utk menyerlahkan k'hebatan kita,k'cemerlangan kita.Therefor,serlahkanlah k'hebatanda,k'cemerlangan anda dgn belajar,dgn m'gunakan kaedah mempraktikkan,m'amalkan apa yg tlh dipelajari.

(3)Pelajar yg cemerlang,dia tak belajar.....duduk,tengok,dia pakai mata aje m'baca.Ini pelajar yg pasif.Pelajar yg cemerlang,belajar s'cara aktif.Dia m'baca dgn m'gunakan jari telunjuk.Dia gunakan jari telunjuk apa yg dibaca.Dia garis dgn jarinya utk m'bantu konsentrasi (tumpuan),utk m'bantu k'fahaman & jugak p'ingatan.Pegang pensel kat tgn,habis baca kita terus buat peta minda,lakar peta minda,conteng,buat nota.Artline-kan dgn warna2 t'tentu.Belajar kat sini,dia tak mengantuk.Belajar sket,minum air masak.Belajar dgn penuh semangat,dgn steady,dgn ceria.Dan pegang pen gunakan tgnnya,jari2nya utk menunjuk.

(4)Belajar byk jam tiap2 hari.Kalau pelajar ting.3,4,5 belajar antara 2 1/2 hingga 3 jam s'kurang-kurangnya lah,tak t'masuk kerjarumah.8:30 p.m sampai 11:30 mlm atau 12:00.Waktu belajar yg safisien,m'cukupi.optima utk m'capai k'cemerlangan.Petang,kita buat homework dgn rapi,dgn teliti,dgn sempurna.Mlm,kita dgn tenang & ikut sistem belajar yg betul selama kurang,lebih 3 jam atau 20 hingga 21 jam,s'minggu.Lebih pun,tak per.

(5)Cuba belajar di dlm persekitaran yg betul2 kondusif,yg selesa,yg serasi dgn jiwa,fizikal mereka,mental,emosi amat selesa dgn p'sekitaran & bi'ah yg digunakan.

i)Byk warna hijau &,byk warna kuning.Warna hijau sahaja pun boleh,kuning campur hijau pun okay !

ii)Pastikan cahaya ataupun lampu yg kita gunakan itu terang.Lampu putih itu lebih baik drpd warna2 lain.Lampu terang agar mata kita tdk t'paksa m'baca dlm keadaan yg suram ataupun yg tdk jelas.

iii)Elok hangat sikit,ertinya gunakan kipas...tak lah hangat mana.Ertinya,tak lah gunakan air-cond yg sejuk,seronok utk tidur okeylah.

iv)Kurangkan gangguan bising.

v)Jgn belajar diiringi muzik.Ulama' kata "sesipa yg belajar diiringi muzik,ilmu yg masuk kpd kita tak berkat ".Lagipun,kalau ada org yg belajar matematik,geografi,sains,fizik,akaun sambil dengar muzik,dia sebenarnya sekadar m'baca buku bknnya belajar.Tdk ada proses p'belajaran yg berlaku,apabila telinga dengar muzik,mata tengok buku ataupun maklumat.Mata,otak kita confius & tdk akan dpt m'rangsang proses p'belajaran yg efisien.Dengar cakap cikgu,STOP DID NOW !!!!!!!

vi)Cuba tampal poster yg mengandungi slogan, kata2 hikmat utk m'rangsang diri kita.Kata2 hikmat,poster2,p'ingatan2,ayat2 al-Quran,khat2 yg cantik yg patut m'rangsang anda.Ubah suai tmpt duduk,kerusi kita & meja kita.Tmpt kita gunakan itu,agar dpt menghadap ke kiblat.

vii)Pakai wangi-wangian kat bdn.Wangikan badan,pakai bedak ke apa ke.JGN LUPA utk senyum semasa belajar.

6)Tdk ponteng kelas dgn sengaja.Kalau kita ponteng kelas,takut2 k'berkatan dr kelas itu akan hilang,takut2 guru2 yg b'kenaan kecil hati & guru lain simpati.Habis satu sek. fed-up kat kita.JGN PONTENG KELAS.Dptkan nota dr kawan,jumpa guru berkenaan,minta ampun,minta maaf & kita dptkan nota2 yg b'kaitan.So,INGAT kalau ponteng kelas lebih dr 3 ayau 4 kali,besar k'mungkinan susah nak dpt A.Ada harapanlah dpt B,itu kalau budak pandai tu....Ponteng lebih dr 4 kali,kita akan mudah patah semangat,guru pun menyampah,ilmu yg diajar x berkat,ilmu yg kita belajar tak berkat.Macam mana nak dpt A ?JGN PONTENG KELAS !!!!!!!plZ !

(7)Sentiasa m'ulangkaji m'gunakan kaedah output learning.

Output learning dpt dilakukan dgn cara :

i)Baca bukulah,gunakan jari telunjuk utk m'baca buku atau nota.

ii)Ingat balik dlm kepala kita,jgn tengok buku,jgn tengok nota,pejam mata.Cthnya :ingat balik,apa yg aku baca tadi.Bila kita dpt ingat apa yg kita baca,ertinya maklumat yg t'simpan dlm buku atau nota,tlh dpt dipindahkan ke dlm sel2 memory atau sel2 pengingat atau ingatan dlm otak kita.

- Output learning dpt dilakukan dgn cara ( huraian bg 2 cara itu,secara k'seluruhan ) :

i)Baca buku m'gunakan jari telunjuk.

ii)Tutup buku atau nota,cuba ingat balik.Bila kita ingat,ertinya kita tlh pindahkan maklumat dr buku masuk ke otak.INGAT !!!!!!!

iii)Lakar peta minda atau tulis nota yg b'kaitan.Kalau matematik,akaun,& sebagainya mungkin kena tulis nota itulah atau formula2.Tapi,kalau mata pelajaran yg ada maklumat yg byk,fakta2 yg byk,kita boleh lakar peta minda seperti yg diajar oleh guru2 dgn m'gunakan rajah2,design2,colour yg b'bagai-bagai utk m'rangsang otak kanan & otak kiri serentak.

iv)SEMAK :

Semak ini,kita akan m'rangsang otak kiri.Kita semak apa yg kita lakar,tepat tak tepat,lengkap tak lengkap,detail atau tak detail,dah cukup tak maklumat.So,kita semak & kita masukkanlah pembetulan yg s'wajarnya.Dah habis semak dgn sempurna,dah elok dah kita punya peta minda.Tutup pula peta minda,cuba kita pandang ke siling ataupun pejam mata,sebut apa yg tlh kita lakar kat peta minda dgn tak m'rujuk pd peta minda.Ini dia,output learning.Kita nak test otak kita."Aku ingat tak,apa yg tlh aku lakar tadi,dlm peta minda.

(8)Tahu teknik m'rangsang & m'motivasikan dirinya ke arah k'cemerlangan.Ini dia satu sikap,satu sifat yg acap kali, dilupai oleh ramai pelajar.Dia tak rangsang diri dia.Dia tak dorong diri dia.Dia pergi kursus,seminar,kem,super kem,samer kem."Oooooo.....saya yakin saya pandai,b;potensi besar,saya pandai menyerlahkan diri.....".Tapi,dia tak rangsang motivasinya dr semasa ke semasa,dia akan patah semangat balik,menurun semangatnya...Maklumlah manusia,sedangkan iman pun turun naik...maka motivasi pun turun naik.Sebenarnya,kita sembahyang 5 kali s'hari utk kekalkan iman,utk m'buktikan kita taat pd. ALLAH,pd TUHAN,Jadi,nak motivasi macam mana ???

i)Tulis dlm diari kita,dlm buku catatan kita,perkara2 positive yg tlh kita lakukan s'tiap hari.Tiap2 hari sebelum tidur,5 minitlah kita ambil diari kita.Kita tulis apa benda baik yg kita buat."Aku tlh belajar hari ini,selama 3 jam dgn baik." "Aku tlh b'doa utk kekal ingatan..." "Aku juga tlh m'doakan mak bapa,guru2ku." "Aku maafkan semua guru2ku." Apa benda2 positive ini,kalau kita tulis,tiap2 mlm akan m'rangsang motivasi kita.Org yg b'motivasi,kalau belajar mudah seronok.Org yg b'motivasi,bila belajar mudah ingat.Org yg b'motivasi,bila belajar.....dia nampak,dia punya kesan2 positive kpd p'belajarannya & dia belajar dgn seronok& b'semangat.

ii)Org yg cemerlang ni,dia m'ingatkan kawannya,dia rangsang org lain utk hebat,maka diapun jadi lebih hebat.Bila kita memesan-mesan utk k'baikan,kita pun jadi baik.INSYA-ALLAH,bila kita pesan kat kawan jadi positive......INSYA-ALLAH.....ALLAH akan jadikan kita org yg positive.So,buku2 motivasi,poster2...tampal poster2 kat rumah kita,kat bilik kita.Kata2 hikmat,kata2 p'rangsang,& sebagainya.

iv)And then,of course-lah ...kita doa & doa,& doa utk dpt m'dorong diri kita.Kita doa pd ALLAH, "YA,ALLAH...jadikan aku org yg positive,org yg b'semangat,org yg cemerlang,org yg sentiasa b'fikir baik,buangkan sifat2 mazmumah(sifat2 yg keji,buruk)& biarku bentuk sifat2 mahmudah(sifat2 yg mulia,murni,baik)dlm diriku....."Kalau itu yg kita doakan,tiap2 selepas solat,tiap2 yg kita t'ingat,maka kita akan b'motivasi & akhirnya kita akan dpt menyerlahkan k'hebatan kita s'cara hakiki.

(9)Pelajar yg cemerlang,sentiasa awal & m'dahului.Ini penting sgt.Jadi,cthnya,pelajar yg cemerlang,kalau kat kelaslah.Sebenarnya,dia cepat2 masuk kelas di awal2 thnkan...utk dpt duduk di dpn,sebab org yg duduk di dpn atau s'kurang-kurangnya org yg barisan tengah itulah org yg paling byk dpt manfaat,mudah m'beri tumpuan, & cikgu selalu pandang.Biasanya,budak2 yg pandai akan duduk baris depan atau baris tengah.Kalau org yg awal,akan dpt tmpt itu.Dan biasanya,org yg buat persediaan awal ertinya dr bln Jan,Feb,Mac dia dah mula belajar.Sama ada,anda di Sek. rendah,Sek. Men.,kat IPT.PERSEDIAAN AWAL AMAT PENTING & ini akan m'beri tanggapan yg positive kpd guru2."Oooooooohhhhhhh,budak ini pelajar yg baik,dia ni pelajar yg gigih,yg tekun." Jadi,bila cikgu sayang,ilmu yg cikgu ajar lebih berkat & kita mudah jadi pandai sebab dpt k'berkatan ilmu yg guru ajar.Dan bila pelajar,biasanya dpt gred A atau gred yg baik dlm ujian2, biasanya...mereka akan mengekalkan prestasi di peperiksaan2 yg

seterusnya.Itu sebabnya,jgn kata "tak per,ni ujian awal dpt C,dpt D tak per.....Nanti,aku skor lah hujung2 thn....."NO !!! NO !!! NO !!! Itu penat,itu tension,itu boring.

10)Baca buku sebelum cikgu ajar.Ini prinsip org yg cemerlang & awal & m'dahului.Katalah,esok nak ada pelajaran geografi.Mlm ni,kita baca bab yg mungkin diajar oleh cikgu esok.Kalau esok belajar matematik,mlm nih kita tengok & baca.Walau tak faham tak per...tapi kita baca sikit.Supaya bila esok cikgu ajar, kita sudah dpt ilmu tu kali ke-2.Mlm tadi,kita kita baca tak faham tak per...tapi,bila cikgu ajar..."Ooooohhhh,ni yg aku baca mlm tadi,yg aku tak faham."Org lain dengar kali pertama, anda m'dengar utk kali kedua.Jadi,kita sedikit ke dpn dr org lain.

(11)Pelajar yg cemerlang, sentiasa m'baca doa penerang hati. S'tiap kali selepas sembahyang,sblm m'ulangkaji,sblm m'hadapi peperiksaan,malahan pelajar yg cemerlang akan baca doa penerang hati,s'tiap kali nak mula kelas.Bila cikgu masuk jer,terus baca [ Surah ALAM NASYHRAH ].Itu cth doa penerang hati,yg paling baik,yg Nabi Muhammad ajar kpd sahabat2nya khususnya,kpd Saidina Ali iaitu Surah AL-INSYIRAH.Baca doa itu,paling kurang,tiap2 nak study,tiap2 cikgu mula nak mengajar,bila nak ambil peperiksaan,bila masa kita m'baca buku.Digalakkan pd anda,tiap2 mlm...baca YAASIN s'kurang2nya,atau baca Al-Quran (2 'AIN) tiap2 mlm sblm study,sblm m'ulangkaji,tengok apa jadi pd hati kita,pd otak kita.Hati akan b'tambah tenang,& mudah kita faham.Insya-ALLAH,cemerlang dunia & akhirat.

(12)Pelajar yg cemerlang juga,dia akan m'ulangkaji atau belajar dlm sesi2 yg pendek.Elok kita belajar selama 20 hingga 30 minit.Berhenti 2 atau 3 minit.Belajar lagi 20 minit,30 minit.Stop 2-3 minit.STOP nih naper ??? Minum air masak,ambil nafas pjg,exercise sikit2,gerakan badan walaupun anda tak mengantuk,walaupun anda tak boring,walaupun anda tak letih.Berhenti selepas 20 hingga 30 minit.And then,sambung balik.Kalau macam ni,keadaan kita belajar,kita boleh belajar 3 atau 4 jam dgn tak penat.Belum sempat nak boring,kita rehat.

(13)Pelajar yg cemerlang,dia m'ulangkaji s'cepat mungkin.Kita akan lupa hampir semua yg kita belajar selepas 48 jam.Selepas 2 hari 2 mlm,kita akan lupa hampir semua yg cikgu ajar kalau tak ulangkaji.Selepas 24 jam,kita akan ingat 20% sahaja.Jadi,s'elok2nya sblm sempat 24 jam....kalaulah pagi sampai tengahari ni,kita belajar 4 subjek,mlm nanti kita ulangkaji 4 subjek yg sama.Pelajar yg cemerlang,m'ulangkaji serta-merta utk memastikan apa yg cikgu ajar pd hari itu.....mlm tu,masih segar dlm ingatan & mudah dia m'ulangkaji.So,kita ingat,kita m'ulangkaji pd hari yg sama.So,kita kena adjust atau ubahsuai timetable kita supaya kita m'ulangkaji subjek2 yg kita belajar pd hari b'kenaan.

Saturday, August 2, 2008

Kaedah Belajar Sains 1511/2

KAEDAH BELAJAR SAINS

Kelemahan yang nyata di kalangan pelajar ialah kurangnya "Kemahiran Belajar" dan ini sangat mempengaruhi keputusan yang mereka perolehi dalam semua peperiksaan yang mereka lalui. Kelemahan ini ditambah lagi dengan sikap tidak mahu memperbaiki kelemahan diri berdasarkan kesilapan yang dilakukan. Biasanya selepas sahaja peperiksaan selesai kertas soalan akan dibuang dan dicampak merata tempat. Kalau pun ada yang masih menyimpan, tidak tahu di mana mereka menyimpannya. Disamping itu, sikap MALAS merupakan punca utama kelemahan pelajar.

Kaedah yang paling sesuai dan paling berkesan dalam belajar sains adalah perlu untuk mendapatkan kefahamaan yang benar-benar mantap dan mampu menghadapi sebarang bentuk soalan peperiksaan. Secara amnya, terdapat tiga kaedah umum untuk mempelajari sains.

Pemahaman

Sains untuk difahami BUKAN HAFALAN. Inilah kelemahan yang nyata di kalangan pelajar. Ramai pelajar menganggap sains itu susah kerana banyak sangat dihafal. Kena hafal istilah dan ejaannya, fakta, gambarajah, eksperimen dan banyak lagi. Kalau belajar hanya dengan menghafal apa jenis mata pelajaran pun akan susah. Perkara asas ialah KEFAHAMAN. Setelah anda faham maka mudahlah anda membuat hafalan (bukan untuk fakta atau istilah, tetapi untuk rajah, eksperimen ataupun ejaan). Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diingat oleh pelajar berkaitan dengan kefahaman;

1. Kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep biasanya samar-samar sahaja. Oleh itu, jawapan yang dikemukakan dalam peperiksaan biasanya terlalu umum dan kebanyakannya mengarut. Anda sepatutnya memahami sesuatu konsep dan tajuk dengan sepenuhnya sebelum anda mempelajari konsep dan tajuk yang baru.

2. Ramai juga pelajar tidak mengetahui bahawa konsep sains biasanya berkaitan antara satu dengan lain, di mana sesuatu konsep digunakan dalam banyak bab. Sebagai contoh, konsep atom, unsur, molekul, cas dan ion yang dipelajari dalam bab 4 T4 (Jirim dan Bahan) digunakan dalam bab 5 T4 (Tindak balas kimia) dan bab 4 T5(Sebatian karbon). Kurang kefahaman terhadap konsep ini akan menyukarkan anda mempelajari ketiga-tiga bab tersebut. Seterusnya, sukar bagi anda untuk menjawab dengan baik soalan yang melibatkan konsep tersebut sama ada dalam bab 4, bab 5 T4 mahupun bab 4 T5.

Latihan

Latihan merupakan perkara yang jarang dilakukan oleh pelajar. Kalau ada pun, latihan hanyalah tertumpu untuk kertas 1 (soalan objektif). Latihan dalam kertas 2 (struktur dan esei) sangat jarang dilakukan oleh pelajar. Kebanyakan pelajar ANGKUH dan beranggapan dengan HANYA MEMBACA mereka mampu menjawab apa jua bentuk soalan. Ingatlah bahawa sikap angkuh itu biasanya akan membawa padah yang buruk. Latihan perlu kerana dengannya anda boleh;

1. menguji sejauh mana kefahaman anda terhadap sesuatu tajuk;
2. mengesan kelemahan anda, sama ada dalam tajuk tertentu, konsep, istilah, rajah atau pun hafalan; dan
3. membiasakan anda dengan bentuk soalan dan kaedah menjawab.

Nota Ringkas atau Peta Minda (peta konsep)

Nota ringkas perlu tetapi ramai pelajar juga kurang membuatnya, malah ada yang menganggap ianya tidak perlu lagi memandangkan di pasaran kini terdapat banyak buku-buku ringkas pelbagai jenama (walau pun sebenarnya tidak ringkas). Fenomena buku ringkas ini membuatkan pelajar menjadi MALAS untuk menulis. Akibatnya, dalam peperiksaan pelajar biasanya memberikan jawapan yang umum (bukan mengikut fakta sains), salah ejaan, mengarut dan fakta yang salah. Nota ringkas perlu kerana;

1. dengan menulis anda akan mudah faham dan mengingat kembali apa yang anda pelajari terutamanya yang melibatkan istilah, langkah-langkah dan rajah;

2. untuk mengulangkaji cepat ketika menghadapi peperiksaan;

3. melalui peta minda anda mudah memahami perkaitan sesuatu fakta dan konsep keseluruhan sesuatu bab; dan

4. dengan kaedah "mneumonik" anda mudah mengingat sesuatu perkara.


TEKNIK MENJAWAB

Kertas 1 (Objektif)

Bahagian ini mengandungi 50 soalan membawa 50 markah.Bagi kertas ini, jawapan telah disediakan, pilihlah jawapan yang betul. Berhati-hati dengan perkataan BETUL, SALAH, KECUALI dan seumpamanya. Luangkan sedikit masa untuk memilih jawapan yang betul, jangan menembak membabi buta. Jawab soalan yang mudah dahulu dan soalan sukar jawab kemudian. JANGAN terlupa membawa pensel 2B dan bulatkan satu sahaja jawapan yang betul.

Kertas 2

Bahagian A (Struktur, alternatif amali)

20 markah: 4 soalan

Bagi soalan struktur Bahagian A, anda mungkin dibekalkan dengan alat radas yang telah dilukis. Perhatikan dengan teliti alat-alat radas tersebut. Fahamkan soalan dan jawab mengikut apa yang diminta oleh soalan. Lukis dengan kemas jika diminta oleh soalan dan lukis di ruangan yang disediakan. JANGAN sekali-kali menggunakan PEN untuk melukis.

Bahagian B (Struktur: teori )

30 markah: 5 soalan

1. Secara umumnya, pemarkahan soalan struktur berasaskan ada markah (betul) dan tiada markah (salah) kecuali soalan yang melibatkan graf, gambarajah dan pengiraan. Dalam pemarkahan, prinsip "wrong versus right" atau jawapan yang salah menyalahkan jawapan yang betul digunakan. Sekiranya dalam jawapan ada yang salah maka keseluruhan jawapan adalah salah walaupun terdapat jawapan yang betul.

2. Takrifan istilah mestilah TEPAT dan ejaan yang betul. Kata kunci (key words) bagi istilah mesti disertakan, kalau tiada maka tiada markah diberi. Sebagai contoh, bagi definisi Isotop, perkataan bergaris adalah kata kunci bagi istilah tersebut.

Apakah yang dimaksudkan dengan isotop?

Isotop ialah atom-atom yang berlainan bagi unsur yang sama, atau
Unsur yang mempunyai nombor atom yang sama dan nombor jisim yang berbeza

Variasi ialah perbezaan ciri individu daripada spesies yang sama.

Jirim adalah yang membentuk benda yang mempunyai jisim dan menepati // memenuhi ruang.

3. Soalan struktur mempunyai ruangan jawapan yang mencukupi untuk jawapan yang sepatutnya. Sekiranya anda memberikan jawapan melebihi ruangan yang disediakan maknanya anda telah MENGARUT. Jawapan hendaklah tepat, ringkas dan padat. Oleh itu, rancang jawapan anda sebelum menjawab. Sebagai contoh;

Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi pertumbuhan bakteria?
Suhu dan pH.

Apakah hasil yang terbentuk jika campuran kuprum(II)oksida dan karbon dibakar bersama?
Logam kuprum dan gas karbon dioksida.

4. Istilah sains yang digunakan mestilah tepat dengan ejaan yang betul. Kesalahan ejaan akan menyebabkan KESELURUHAN JAWAPAN SALAH. Gunakan istilah yang digunakan dalam buku teks bantuan kerajaan.

5. Jawab apa yang diminta oleh soalan. Jika diminta menyatakan dua faktor, nyatakan DUA sahaja. Sekiranya anda memberi jawapan yang lebih dan ada antaranya salah maka keseluruhan jawapan salah. Sebagai contoh; Nyatakan dua ciri-ciri imej cermin satah.
Tegak, sahih, sama saiz dengan objek dan songsang. (Markah=0)

6. Jika soalan melibatkan PERBANDINGAN, maka dalam jawapan anda harus ada perkataan seperti LEBIH BESAR, LEBIH LUAS, KURANG DARIPADA dan seumpamanya. Jika perkataan tersebut tiada, maka tiada markah yang diberi. Jawapan anda harus memperlihatkan perbandingan yang diminta oleh soalan. Sebagai contoh;

Nyatakan pemerhatian yang membolehkan anda membuat kesimpulan di d(i)?
Kerana kawasan jernih di sekitar cakera P (penisilin) lebih besar // lebih luas berbanding cakera S (streptomisin).

7. Bagi soalan yang melibatkan perubahan, dalam jawapan anda harus ada perkataan seperti BERUBAH, BERTUKAR, MENJADI dan seumpamanya. Jawapan haruslah menggambarkan perubahan yang berlaku. Sebagai contoh;

Apakah perubahan yang berlaku jika elektrolisis dibiarkan selama beberapa jam?
Warna biru kuprum sulfat menjadi pudar.

Apakah yang terjadi kepada cecair bromin dalam balang gas itu?
Cecair bromin berubah menjadi gas bromin.

8. Bagi soalan yang melibatkan pengiraan, cara kerja pengiraan haruslah ditunjukkan dalam ruangan yang disediakan. Jawapan harus disertakan dengan unit SI seperti cm3, saat, m, kg, saat per cm3, km per jam dan sebagainya.

9. Bagi soalan yang melibatkan gambarajah, lukisan harus mempunyai ciri-ciri berikut;

i. BESAR. Lukisan memenuhi ruangan yang disediakan. Jangan buat lukisan yang terlalu kecil.
ii. JELAS. Lukisan jelas dan terang. Sebaik-baiknya menggunakan pensel 2B.
iii. GARISAN JELAS. Garisan tebal dan tiada GARIS PUTUS-PUTUS atau BERSILANG.
iv. TIADA LOREKAN.
v. BERSIH. Tiada kesan pemadaman yang boleh menjejaskan gambarajah.
vi. GARIS LABEL TIDAK BERSILANG.

10. Bagi soalan yang melibatkan graf, anda harus mengetahui beberapa ciri graf seperti berikut;

i. BESAR. Graf harus (seboleh-bolehnya) memenuhi kertas graf yang disediakan.
ii. PAKSI. Garis dan tajuk graf berserta unitnya.
iii. SKALA. Skala mengikut kadar peningkatan yang seragam. Sebagai contoh; 0.0, 0.1, 0.2, 0.3, 0.4, 0.5 atau 0, 5, 10, 15, 20, 25.
iv. KOORDINAT YANG BETUL. Titik koordinat pada tempat yang betul dan bertanda.
v. BENTUK GRAF YANG BETUL. Biasanya licin, lengkungan dan garis lurus.

Bahagian C (Esei)20 markah: 3 soalan jawab DUA sahaja

Bahagian ini merupakan bahagian dimana ramai pelajar melakukan kesilapan iaitu menulis jawapan yang terlalu panjang, berjela-jela, ayat yang sukar difahami, tidak memenuhi kehendak soalan dan fakta yang terlalu umum (tidak melibatkan fakta dan konsep sains). Sebenarnya, bahagian ini amat mudah untuk mendapatkan markah yang baik sekiranya pelajar mengetahui teknik menjawapnya. Berikut beberapa perkara yang perlu diketahui oleh pelajar berhubung dengan teknik menjawab soalan esei.

1. FAHAMKAN KEHENDAK SOALAN. Rangka jawapan anda mengikut kehendak soalan dan bersesuaian dengan markah yang diperuntukkan. SATU MARKAH UNTUK SATU ISI PENTING.

2. PENDAHULUAN dan PENUTUP TIDAK PERLU. Jawapan haruslah ringkas dan mudah difahami. Jangan membuat ayat yang terlalu panjang kerana kemungkinan anda melakukan kesalahan adalah besar.

3. FAHAMKAN ARAHAN yang terdapat dalam soalan. Setiap bentuk arahan mempunyai kaedah menjawab yang tersendiri dan secara ringkasnya adalah seperti berikut;

A. TAKRIF/DEFINISI/MAKNA/MAKSUD istilah.

Jelaskan istilah dengan ringkas berserta kata kuncinya. Penjelasan lanjut adalah tidak diperlukan dan tidak akan mendatangkan sebarang markah.

B. NYATAKAN/BERIKAN/SENARAIKAN.

Nyatakan dengan ringkas apa yang diminta oleh soalan. Penjelasan lanjut tidak diperlukan. Sebagai contoh;

Nyatakan tiga sifat getah asli? (3 markah)
Sifat-sifat getah asli ialah melekit apabila dipanaskan, terlalu kenyal dan lembut.

C. TERANGKAN/JELASKAN.

Jelaskan dengan ringkas menggunakan prinsip, konsep atau fakta sains. Penjelasan umum tanpa menggunakan "bahasa sains" tidak akan memberikan sebarang markah.

Minyak kelapa sawit ialah minyak yang berkhasiat dan baik untuk kesihatan. Jelaskan. (3 markah)
Minyak kelapa sawit berkhasiat dan baik untuk kesihatan kerana;
i. mengandungi vitamin A dan vitamin E;
ii. tidak mengandungi kolesterol; dan
iii. mengurangkan kolesterol dalam darah.

D. PERBEZAAN dan PERBANDINGAN.

Kaedah terbaik untuk menjawab soalan yang melibatkan perbezaan dan perbandingan ialah dengan menggunakan JADUAL. Setiap perbezaan dan perbandingan tentang perkara yang sama harus diletakkan pada baris yang sama. Bagi jawapan berbentuk ayat, lihat contoh di bawah.

Jelaskan perbezaan antara lemak tepu dengan lemak tak tepu. (3 markah)

Lemak Tepu

Lemak Tak Tepu

Pepejal pada suhu bilik

Cecair pada suhu bilik

Takat lebur tinggi

Takat lebur rendah

Diperolehi dari sumber haiwan

Diperolehi dari

sumber tumbuhan

ataupun,

Perbezaan antara lemak tepu dengan lemak tak tepu ialah;
i. pada suhu bilik, lemak tepu dalam keadaan pepejal manakala lemak tak tepu cecair;
ii. lemak tepu mempunyai takat lebur yang tinggi berbanding lemak tak tepu;
iii. lemak tepu diperolehi dari sumber haiwan , manakala lemak tak tepu diperolehi dari sumber tumbuhan.

D. HURAIKAN/BINCANGKAN.

Jawapan agak panjang sedikit, walau bagaimanapun gunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami. Jawapan harus disokong atau disertakan dengan konsep dan fakta sains yang jelas seperti pembuktian melalui eksperimen, langkah-langkah dan keputusan eksperimen. Langkah-langkah eksperimen harus meng-gunakan AYAT PASIF mengikut nombor dan urutan yang betul. Adakalanya gambarajah juga perlu disertakan untuk mengukuhkan jawapan anda.


KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN

Soalan Struktur

1. Menggunakan SINGKATAN PERKATAAN dan SIMBOL dalam persamaan tindak balas kimia. Sebagai contoh, @ (atau), / (atau), & (dan), dll (dan lain-lain), 2 (dua), M (merah), U (ungu). Bagi tindak balas kimia, persamaan harus ditulis dalam bentuk PERKATAAN.

2. Tidak boleh membuat pemerhatian yang baik terhadap eksperimen yang terdapat dalam soalan. Ini menyebabkan pelajar memberikan jawapan yang jauh berbeza daripada jawapan yang dikehendaki. Sebagai contoh;

Nyatakan pemerhatian yang membolehkan anda membuat kesimpulan di d(i).
Jwpn. Pelajar : Kerana penisilin sangat berkesan dalam membunuh mikrorganisma.
Jwpn. Sebenar : Kerana kawasan jernih di sekitar cakera penisilin lebih luas ber- banding cakera streptomisin.

3. Jawapan TERLALU UMUM iaitu tidak menggunakan prinsip, hukum dan istilah sains yang bersesuaian.

4. SALAH EJAAN. Ramai pelajar tidak menitikberatkan KETELITIAN dalam menjawab soalan terutamanya yang melibatkan istilah.

5. JAWAPAN PANJANG dan menyalin balik soalan. Sebagi contoh;

Namakan satu penyakit yang boleh dirawat menggunakan penisilin.
Penyakit yang boleh dirawat dengan penisilin ialah kudis

6. TIDAK BOLEH MEMBACA UKURAN alat-alat radas sains seperti silender penyukat, neraca spring dan alat radas lain.

7. Jawapan bercanggah. Jawapan yang diberi bertentangan iaitu ada jawapan salah dan jawapan betul. Sebagai contoh;

Nyatakan dua ciri imej yang terbentuk.
1. Nyata 2. Maya

8. TULISAN TERLALU SUKAR DIBACA.

9. LEMAH DALAM PENGGUNAAN FORMULA.

10. UNIT TIDAK DISERTAKAN.

11. Tidak memenuhi kehendak soalan.

Terangkan bagaimana rabun jauh diatasi?
Rabun jauh tidak dapat melihat objek yang jauh

12. Tidak boleh membezakan antara arahan LUKISKAN dan LAKARKAN. Rajah tidak berlabel, label bersilang dan tidak lengkap. Sebagai contoh, rajah sinar tidak mempunyai anak panah.

13. TIDAK TAHU MEMPLOT/MELUKIS GRAF dan tidak tahu membaca koordinat.

14. PENGETAHUAN TIDAK MENCUKUPI atau SAMAR-SAMAR.

Soalan Esei

1. Tidak memahami kehendak soalan. Jawapan pelajar biasanya terlalu penjang berbanding dengan markah yang diperuntukkan diikuti oleh perenggan dan ayat yang TERLALU PANJANG dan berputar-belit.

2. Tidak merancang bagaimana hendak menjawab soalan akibatnya jawapan tidak tersusun, bercelaru, fakta yang sama diulang-ulang dan sesetengahnya keluar daripada kehendak soalan.

3. Tidak melukis gambarajah dengan betul. Biasanya gambarajah dilukis alakadar, telalu ringkas, kotor dan terlalu kecil. Gambarajah tidak dilabel dan kadangkala terdapat label yang bersilang.

4. Isi terlalu am iaitu tidak menggunakan "bahasa sains". Kadang kala "istilah kampung" turut digunakan dalam jawapan.

5. Lemah dalam soalan perbandingan dan perbezaan. Sebagai contoh;

Jelaskan perbezaan antara lemak tepu dengan lemak tak tepu. (3 markah)

Lemak Tepu

Lemak Tak Tepu

Pepejal pada suhu bilik

Takat lebur rendah

Takat lebur tinggi

Cecair pada suhu bilik

Adalah lemak haiwan

Selalunya dibuat

minyak masak

6. Tidak mahu mencuba langsung walaupun sesetengah soalan sebenarnya terlalu mudah kerana kadangkala jawapan telah ada dalam soalan.


PENUTUP

Adalah diharapkan anda telah mempelajari kemahiran yang baru dan berusaha menggunakannya sama ada dalam latihan, ujian mahupun peperiksaan apatah lagi dalam SPM nanti. Perbaiki kelemahan anda dan ingatlah markah yang baik datangnya daripada jawapan yang baik.

Wednesday, May 14, 2008

Hari Guru 16 Mei

Buat semua guru yang akan menyambut Hari Guru Pada 16 Mei ini, sajak popular Sasterawan Negara;

Guru O Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG