Wednesday, October 15, 2008

Pecutan akhir SPM

PENGENALAN
1. Persediaan jiwa dan mental mempunyai kaitan rapat dengan persediaan fizikal. Anda tidak boleh menghadapi peperiksaan dengan tenang dan yakin jika badan anda letih lesu. Tubuh badan anda perlu berada di dalam keadaan yang paling baik menjelang peperiksaan. Jiwa dan mental yang kukuh berpunca dari tubuh yang sihat.
2. pecutan terakhir boleh menjadi suatu strategi ampuh untuk menghadapi peperiksaan. Pada tahap ini, persediaan fizikal, mental dan spiritual perlu dimantapkan.

PERSEDIAAN FIZIKAL
1. Jaga kesihatan – rehat, tidur, keluarkan peluh, makanan/minuman.
2. Peralatan peperiksaan – kad pengenalan, angka giliran, jadual peperiksaan, alat tulis, meja tulis.
3. Pakaian seragam sekolah yang lengkap, menyelesakan diri dan orang lain serta menepati peraturan.

PERSEDIAAN MENTAL
1. Ulangkaji secara konsisten
2. Memburu guru
3. Bina dan kekalkan keyakinan diri
4. Dorongan ibu bapa
5. Bisikan rakan sebaya
6. Maruah masyarakat

PERSEDIAAN SPIRITUAL
1. Solat-solat fardhu
2. Solat sunat
3. Puasa
4. Baca Quran
5. Zikir
6. Doa

GANGGUAN PEPERIKSAAN
1. Kestabilan emosi
2. TV
3. Telefon
4. Cinta terlarang
5. Sukar untuk berkata “Tidak!” pada masa bersesuaian

PANDUAN MENGATASI KETIDAKSTABILAN EMOSI
1. Persediaan awal peperiksaan
2. Tidak menangguhkan kerja
3. Elakkan budaya “last minute”
4. Pengurusan diri yang sistematik
5. Bajai semangat ingin dan terus berjaya
6. Saranan kendiri: aku berpotensi
7. Hayati kata-kata yang memberi motivasi : lekat @ ‘frame’kan
8. Makanan/minuman seimbang
9. Libatkan diri dengan aktiviti sukan
10. Jaga waktu rehat/tidur
11. Berkawan dengan rakan yang punya motivasi diri yang tinggi
12. Sering memburu guru dan bertanya
13. Praktis “Study Smart”
14. Adakan senarai semak tindakan
15. Doa
16. Tawakal kepada Allah

PANDUAN PEPERIKSAAN
1. Pada malam peperiksaan, eloklah tidur lebih awal
2. Ambil sarapan secukupnya
3. Pastikan senarai semak peralatan peperiksaan dipenuhi
4. Uruskan pengangkutan (@ penginapan asrama)
5. Legakan fikiran di dewan peperiksaan (ketepikan pengaruh persekitaran semasa)
6. Melangkah ke dewan peperiksaan dengan tenang
7. Pastikan ‘jam anda’ tepat untuk digunakan
8. Pastikan maklumat peperiksaan lengkap
9. Kerusi & meja peperiksaan anda selesa
10. Baca arahan peperiksaan dengan teliti dari segi
• Masa yang diberikan
• Panjang kertas peperiksaan: soalan & bahagian
• Markah yang diperuntukkan
• Kemudahan yang diberikan; kertas kosong/graf, buku sifir
• Cara menjawab; objektif, esei, isi tempat kosong, lakar/lukis
11. Mulakan dengan “Bismillah” disamping anda perlu amati perkara berikut:
• Arahan/penerangan pengawas peperiksaan
• Telitikan soalan, tandakan soalan yang anda ingin jawab (jika pilihan)
• Bahagikan masa dengan bijak
• Buat soalan senang dahulu
• Jangan panic
• Semak jawapan sebelum masa tamat
• Berhenti menulis bila diarahkan dan serahkan kertas jawapan dengan keyakinan
• Keluar dewan peperiksaan dengan kejayaan

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN & SELAMAT BERJAYA !

No comments: