Monday, November 16, 2009

BIARKU MENJADI LILIN

Cuti sekolah akan bermula minggu depan, namun jasa pengorbanan guru-guru semua sentiasa dikenang, bak lagu dendangan Kumpulan PELANGI, biarku menjadi lilin. SELAMAT BERCUTI..


Biar Ku Menjadi Lilin


Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri


Nyanyian : Kumpulan Pelangi ( A. Ali & John Goh)




<

Wednesday, October 28, 2009

BAHAN KIMIA DALAM PERINDUSTRIAN

ALOI
1. Aloi ialah bahan yang terbina dari percampuran 2 atau lebih logam berlainan.
2. Sifat aloi adalah kuat, lebih keras, tahan kakisan dan mempunyai rupabentuk yang menarik.
3. Contoh-contoh aloi dan kegunaannya adalah seperti dibawah :-

Keluli (Besi + Karbon) Jambatan dan bangunan
Gangsa (Kuprum +Timah) Bahan perhiasan seperti piala
Loyang (Kuprum + Zink) Kunci dan alat musik
Duralumin (Aluminium +Kuprum) Badan kapal terbang

4. Proses mencampur logam-logam untuk membentuk bahan aloi disebut proses PENGALOIAN.
5. Kehadiran atom lain dalam susunan atom logam utama mengelakkan kelongsoran, inilah sebabnya aloi sangat kuat dan keras.

6. "Aloi superkonduktor" ialah aloi yang boleh mengalirkan arus elektrik dalam keadaan tanpa rintangan pada suhu yang sangat rendah. Ia mempunyai sifat yang sangat istimewa kerana aloi ini ditolak oleh magnet. Kegunaan aloi ini pada masa hadapan ialah untuk membina keretapi "terapung"(bullet train) yang kelajuannya amat tinggi.

AMMONIA
Ammonia ialah bahan kimia yang mempunyai 1 atom nitrogen bergabung dengan 3 atom hidrogen.
Ammonia digunakan untuk membuat baja bernitrogen, asid nitrik, Bahan letupan TNT, Agen pencuci dan pewarna.
Ammonia dihasilkan melalui proses "HABER".
Proses Haber ialah proses yang menggabungkan 1 bahagian Nitrogen dan 3 bahagian Hidrogen pada suhu dan tekanan tinggi. Suhu yang digunakan dalam Proses haber ialah 450-500oC, manakala tekanan yang dikenakan ialah 200-500 atm. Mangkin yang digunakan ialah besi untuk mempercepatkan tindak balas
Urea ialah sejenis baja bernitrogen yang dibuat dari ammonia yang dihasilkan dengan memanaskan ammonia dengan karbon dioksida pada suhu dan tekanan tinggi.

PENCEMARAN
Terdapat beberapa punca utama Pencemaran :-

a. Pembakaran Bahan Api Fosil seperti Diesel.

Gas beracun yang terbebas ialah Sulfur dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida, jelaga dan debu.
Kesan buruk dari pencemaran ini ialah HUJAN ASID, KEJADIAN RUMAH HIJAU dan menjejaskan KESIHATAN MANUSIA.

b. Sisa Toksik dari Industri.

Bahan toksik yang terbebas ialah asid dan alkali, plumbum dan merkuri.
Kesannya kepada alam sekitar ialah ia boleh mengubah pH air dan seterusnya mengganggu keseimbangan ekosistem akuatik. Kura-kura mati:-(
Bahan toksik juga boleh menyebabkan gangguan pernafasan dan sistem saraf.

c. Pembuangan Sisa Kelapa Sawit dan Sisa Getah.

Bahan yang terbuang seperti hampas, kulit buah dan tangkai boleh mencemarkan.
Bahan sisa getah seperti tayar buruk dan sarung tangan susah untuk mereput dan amat mencemarkan alam sekitar.
Kedua-dua sisa ini boleh mencemarkan air, udara dan darat.

d. Sisa Daripada Bahan Radioaktif.

Sisa radioaktif masih boleh memancarkan sinaran radioaktif yang merbahaya.
Pendedahan manusia kepada sinaran ini boleh menyebabkan mutasi, kanser, kemandulan dan kecacatan fetus.

PENGAWALAN PEMBUANGAN SISA INDUSTRI

A. Penggunaan teknologi seperti membina "pemendak elektrostatik" pada cerobong kilang. Ini boleh mengurangkan gas karbon monoksida.
B. Menggunakan Akta Kualiti Alam Sekitar untuk mendenda pengilang yang mencemarkan alam sekitar.
C. Mendidik orang ramai tentang pentingnya menjaga alam sekitar. Ini dilaksanakan dengan mengadakan kempen seperti ceramah, iklan TV dan Radio.

Sunday, October 4, 2009

CAMNA NUR AMELINA BELAJAR

Mengingati Pelajaran

"Saya tidak memaksa diri saya mengingati sesuatu fakta dalam setiap mata pelajaran. Saya menjadikan belajar itu suatu aktiviti yang menyeronokkan. Sebab itu saya tidak berasa letih walaupun menghabiskan masa yang panjang untuk mengulangkaji."

Bagaimana Menguasai Kesemua 17 Mata Pelajaran?

"Daripada sepuluh mata pelajaran saya belajar di sekolah dan kelas tambahan di luar bagi subjek tertentu, hanya satu mata pelajaran, iaitu Prinsip Akaun, saya pergi tuisyen kerana perlu memahami konsepnya. Yang lain saya belajar sendiri di rumah. Jika saya tidak faham saya akan berjumpa guru yang boleh membimbing subjek berkenaan."

Tip Mengingati Formula & Fakta

  • Buat nota ringkas
  • Lukis peta minda apabila mengulangkaji atau mempelajari tajuk baru.
  • Wujudkan kata kunci.
  • Buat banyak latihan berhubung sesuatu formula hingga terbiasa.
  • Banyak latih tubi membuatkan lama-kelamaan mudah untuk mengingati.
  • Ulangkaji di rumah secara berterusan
Tip Menguat Ingatan

  • Tumpu perhatian penuh di dalam kelas.
  • Berfikiran positif.
  • Fikir perkara berfaedah sahaja.
  • Elak berfikir perkara yang memesongkan dan merosakkan minda.
  • Elak makan makanan yang mengandungi banyak bahan kimia seperti makanan ringan dan makanan segera.
  • Jangan minum minuman bergas.
Menghafal atau Memahami

"Ramai orang yang silap anggap. Saya tidak pernah menghafal mata pelajaran membabi buta. Waktu mengulangkaji saya fahamkan sesuatu konsep itu terlebih dahulu. Faham lebih penting. "Saya memahami konsep dan idea sesuatu topik itu. Apabila telah faham mudahlah untuk ingat. Hafal tanpa faham seolah-olah kita belum mendapat apa-apa ilmu."

Langkah Mengulangkaji

  • Saya menyemak sekali lalu bab yang saya hendak ulangkaji.
  • Saya membaca tajuk besar terlebih dahulu.
  • Kemudian saya membaca tajuk-tajuk kecil.
  • Lepas itu saya meneliti dan cuba memahami gambar, gambarajah, ilustrasi dan jadual yang tertera di dalam bab tersebut.
  • Apabila telah mendapat gambaran tentang sesuatu tajuk itu barulah saya meneliti isinya secara detail.
  • Saya tandakan isi-isi penting dengan highlighter di buku teks atau saya buat peta minda dalam buku nota khas.
  • Saya cari atau saya reka sendiri kata kunci.
  • Pada masa yang sama saya mengingat.
  • Saya mencipta kaedah saya sendiri untuk mengingati sesuatu yang sukar dan kompleks.
  • Ulangkaji awal, jangan tunggu hingga saat terakhir sebelum peperiksaan.
Kaedah Memahami

  • Fahami sesuatu konsep itu secara menyeluruh terlebih dahulu.
  • Setelah faham barulah mudah mengingat data dan menghafal.
  • Menghafal membuta tuli belum tentu dapat atau faham.
  • Gambarkan apa yang dibaca di dalam minda.
  • Minda kita hendaklah sentiasa bersedia menerima perkara baru yang dipelajari.
Study Hard atau Study Smart?

Study hard ialah menggunakan masa yang lama dengan susah payah untuk memahami sesuatu topik. Study smart pula ialah memahami sesuatu topik dengan pantas dan selebihnya menggunakan minda untuk memberi hujah dan penjelasan. Study hard dan study smart sama penting. Kalau boleh kita hendaklah study hard dan study smart! 'Dan' bukan 'atau'.
Jangan belajar last minute. Belajar last minute akan menyebabkan anda terpaksa study hard dalam ertikata yang lain. Kalau anda belajar dan mengulangkaji awal, anda mempunyai masa yang panjang dan selesa untuk study smart. Bagaimanapun korbankan banyak masa jika anda mahu cemerlang. Minta bantuan guru apa-apa yang tidak difahami.

Tetapkan Teknik Belajar

"Belajarlah mengikut kaedah yang anda rasa berkesan. Anda sendiri akan merasa kesannya apabila berjaya menjawab soalan di dalam peperiksaan dengan senang dan mendapat keputusan yang cemerlang."

Peranan Soalan Ramalan dan Soalan Tahun-tahun Lepas

" Soalan Ramalan selalunya dihasilkan setelah pembuat soalan menjalankan analisis yang teliti tentang pattern dan kekerapan sesuatu topik itu keluar. Soalan ramalan juga mendedahkan topik-topik penting. Menjawab soalan ramalan adalah suatu latihan bermanfaat. Cuma pelajar jangan mengharap 100% kepadanya.""Soalan tahun-tahun lepas adalah himpunan kertas peperiksaan sebenar. Ini mendedahkan pola sebenar peperiksaan. Dari soalan tahun-tahun lepaslah terbentuknya soalan ramalan."

Pentingnya STUDY GROUP

" Di sekolah, saya ada study group sendiri. Kami semuanya gigih belajar, mengulangkaji dan berbincang. Apabila guru tidak mengajar kami akan berbincang di dalam kelas. Pada masa-masa lapang yang lain kami akan berbincang di kantin, di taman atau di pusat sumber.
" Kumpulan belajar mencetuskan pertukaran pendapat dan perbincangan yang mantap. Perbincangan menghasilkan pemahaman yang mendalam. Kami bergilir-gilir mengepalai perbincangan sesuatu topik.
" Di dalam sesi study group kita hendaklah segera bertanya apa yang tidak difahami. Kita juga harus mengakui kelebihan orang lain.
" Suatu perkara yang kami sentiada pegang ialah: Tidak lari dari topik perbincangan dan tidak terlalu banyak bermain dan ketawa. Ini dilakukan dengan menetapkan sesuatu objektif yang hendak dicapai di dalam jangka masa yang ditetapkan."

Peranan Nota

  • Paling banyak membantu pembelajaran, jadi beri keutamaan.
  • Mengelakkan membaca buku teks yang tebal.Mengukuh kefahaman.
  • Pembelajaran yang cepat dan tangkas kerana dibuat dengan mengambil isi-isi penting sahaja.
  • Membantu ulangkaji seimbas lalu menjelang peperiksaan.Mudah menghubungkaitkan sesuatu topik atau peristiwa dengan yang lain.
  • Ketika menyediakan nota, bina kata kunci dan hafal kata kunci tersebut supaya mudah dihubungkaitkan dengan fakta yang lain.
  • Recall kata kunci dari nota ketika membuat esei atau menjawab soalan peperiksaan.
Peranan Peta Minda

" Peta minda ialah sejenis nota yang paling berkesan. Bina peta minda mengikut teknik yang diajarkan pada anda supaya berkesan. Selalunya peta minda dibina ketika anda belajar atau mengulangkaji untuk memahami urutan, proses dan peristiwa."
" Membina peta minda akan mengelakkan anda dari mengantuk. Gunakan warna atau dakwat yang berlainan untuk menarik perhatian ketika belajar. Ini akan merangsang otak kanan untuk mengimbangi tugas otak kiri yang letih mengingat."
" Ketika mengulangkaji pula, peta minda mempercepatkan proses mengulangkaji dengan berkesan kerana sifatnya yang ringkas, padat dan mengikut turutan atau aliran. Banyakkanlah menggunakan peta minda menjelang peperiksaan."

Sunday, September 27, 2009

Saturday, August 8, 2009

TENAGA NUKLEAR

TENAGA NUKLEAR
1.BAHAN RADIOAKTIF
Bahan radioaktif ialah unsur yang :-
i. nukleusnya tidak stabil
ii. nukleusnya mereput secara spontan
iii. memancarkan sinaran radioaktif (alfa, beta dan gamma)

Alat yang boleh mengesan sinaran radioaktif ialah Tiub Geiger-Muller dan Kebuk awan.
Bahan radioaktif yang kebanyakannya logam adalah senang mereput(decay). Apabila proses pereputan radioaktif berlaku, ia boleh menghasilkan sinaran radioaktif yang merbahaya kepada kehidupan.
Contoh Bahan radioaktif : Uranium-238, Thorium-232, Karbon-14, Kobalt-60, iodine -131, Radium ,Polonium.
Radioaktiviti adalah proses reputan radioaktif yang berlaku secara rawak dan spontan.
Radioisotop adalah isotop yang tak stabil yang menghasilkan sinaran radioaktif.
Tiga jenis sinaran radioaktif serta perbezaan masing-masing .
SINARAN ALFA
(Nucleus Helium)
Kuasa penembusan rendah, dapat dihalang oleh sekeping kertas
Cas positif
SINARAN BETA
(elektron)
Kuasa penembusan sederhana, dapat dihalang oleh kepingan aluminium(3 mm)
Cas negatif
SINARAN GAMMA
(Sinaran elektromagnet)
Kuasa penembusan tinggi, dapat dihalang oleh kepingan plumbum(10 cm)
Tiada bercas @ neutral

Kuasa penembusan sinaran radioaktif

Thursday, July 16, 2009

Jangan ...

Sesungguhnya Allah sayangkan insan-insan yang mengamalkan perkara
ini....

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita..

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh,
nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan...

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa ,
kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.


Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.

Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah..
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa.. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong,
kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH. . .

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan
kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Jangan biarkan SAJA catatan ini disini .
Hantarkan kepada semua saudara Islam yang anda kenal !!

Wasalam ,

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)


"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.

Wednesday, July 15, 2009

PETUA IMAM SHAFI'E

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.