Tuesday, July 2, 2013

TEKNOLOGI MAKANAN & PENGHASILAN MAKANAN



1. PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKANAN

Penduduk di negara kita sangat untung kerana mempunyai banyak makanan. Kadang kala, kita mempunyai lebihan makanan yang tidak dijual segar. Dengan ini kita harus memproses makanan tersebut. Antara tujuannya ialah :-
menggelakkan makanan dari dirosak oleh mikroorganisma (supaya tahan lama), memudahkan pencernaan, memperbaiki rupa makanan dan mencegah jangkitan penyakit.
kaedah pemprosesan makanan.
KAEDAH
CARA
CONTOH MAKANAN
KEBAIKAN
KELEMAHAN
PENGETINAN [CANNING]
makanan diletakkan dalam tin dan dipanaskan pada suhu 116oC - 121oC, ditutup dan dipateri.
Kari Daging, Ayam dan tuna
Makanan boleh disimpan lama dan senang dibawa kemana-mana.
Tin mahal dan jika tin kemek boleh menyebabkan makanan terdedah kepada jangkitan mikroorganisma serta bahan toksik dari tin.
PEMPASTEURAN [PASTEURIZATION]
Pemanasan cecair pada suhu 63oC selama 30 min atau 72oC selama 15 s
Susu, Wain dan Jus
Kemusnahan vitamin adalah sedikit dan kebanyakan mikroorganisma berbahaya dibunuh
Waktu simpanan adalah tidak lama dan pemprosesan jenis ini adalah khas untuk cecair sahaja.
PENDEHIDRATAN [DEHYDRATION]
Sama maksud dengan "pengeringan". Makanan dijenur dibawah cahaya matahari atau meletakkan makanan dalam garam. Penggunaan oven juga boleh dilakukan.
Ikan Masin, Bunga Kekwa, Teh dan Sayur
Jisim makanan kurang dan senang dibawa. Makanan tahan lama dan tidak mudah dijangkiti mikroorganisma.
Rasa berubah dan kebanyakan vitamin termusnah.
PENYEJUKBEKUAN [FREEZING]
Simpanan dalam peti sejuk dibawah -18oC
Ikan, Daging Lembu, Sosej dan Ais krim
Makanan boleh disimpan lama.
Makanan susah untuk dibawa dan memerlukan kos yang tinggi.
PENDINGINAN [CHILLING]
Simpanan dalam peti sejuk bersuhu 0oC - 5oC
Sayur-sayuran, Buah-buahan, Mentega dan Telur
Vitamin boleh dikekalkan dan tahan lebih lama
Susah dibawa dan memerlukan kos yang tinggi
PEMBUNGKUSAN VAKUM [VACUM PACKAGING]
Makanan disimpan dalam plastik kedap udara setelah udara didalamnya disedut keluar.
Kacang tanah, Sosej, Keropok dan Daging disejukbeku
Tahan lama dan mengurangkan ruang simpanan.
Kos yang mahal dan memerlukan mesin pemvakuman yang mahal.
PENYINARAN [RADIATION]
Makanan didedahkan kepada sinaran radioaktif untuk membunuh serangga dan memperlahankan percambahan.
Biji Benih, Bawang dan kentang
Vitamin tidak termusnah.
Mungkin mendatangkan kesan sampingan dan memerlukan kos yang mahal.

Semasa menjalankan pemprosesan makanan, pengilang akan menambahkan bahan kimia. Bahan Kimia ini mempunyai fungsi yang tertentu :-

BAHAN KIMIA
FUNGSI
CONTOH BAHAN KIMIA
CONTOH MAKANAN
Bahan Awet
Menyebabkan makanan tahan lama
Garam dan Gula
Buah-buahan kering dan sos
Pewarna
Menyebabkan makanan kelihatan sedap
pandan (hijau), karamel (Coklat)
Kaya dan kicap
Perisa
Menambahkan rasa supaya lebih sedap
Monosodium glutamat (MSG) nama pasaran ialah "ajinomoto"
Makanan ringan dan mee
Penstabil
Mencegah makanan dari termendap ke bawah
gam akasia
Sos dan mayonis
Pengantioksida
Mencegah makanan berlemak menjadi busuk
Vitamin E dan BHA (butyl hidroksianisol)
Minyak masak
Pengemulsi
Membaurkan lemak dan air
Lesithin dan Pektin
Aiskrim, Coklat
Peluntur
Meluntur warna asal makanan
Karbon teraktif, benzoil peroksida
Minyak sawit, tepung
Pemanis
Menambah rasa manis makanan
Gula, madu dan Aspartam
Kuih, cordial minuman

Walaupun pada mulanya penggunaan bahan kimia menolong dalam pemprosesan makanan, penggunaan yang berlebihan boleh mendatangkan kemudaratan (kesan buruk). Penggunaan bahan kimia seperti sulfur dioksida, asid benzoik dan asid sorbik boleh menyebabkan penyakit seperti sesak nafas, gatal dan kanser. Oleh itu kerajaan telah menggubal undang-undang untuk melindungi pengguna dari bahan kimia makanan yang tidak dikawal. Akta makanan (1983) diwujudnya bertujuan menghindari pengilang makanan dari menggunakan bahan kimia secara berleluasa tanpa kawalan. Penggunaan bahan kimia merbahaya seperti nitrit dalam daging dapat dihalang. Nitrit telah terbukti boleh menyebabkan penyakit kanser.
Bahan tambah
Kesan buruk
bahan awet
lelah, kulit gatal, cirit birit
pewarna
kanser, mandul, keracunan makanan
peluntur
kanser ,keracunan makanan
perisa
sesak nafas, migraine, sakit dada
pemanis
kanser
pengantioksida
kerosakan hati, otak, ginjal

2. USAHA MENINGKATKAN KUALITI MAKANAN

Disebabkan pertambahan penduduk, usaha untuk meningkatkan kuantiti (Jumlah) dan kualiti makanan hendaklah dipertingkatkan dengan aktiviti pertanian dan pemprosesan makanan. Terdapat pelbagai cara ia dapat dilakukan.

Penggunaan baka bermutu

Usaha untuk menghasilkan baka tumbuhan dan haiwan yang bermutu tinggi sedang giat dijalankan di negara kita. Kejayaan yang telah kita capai adalah seperti penghasilan kelapa sawit jenis tenera yang menghasilkan banyak buah dan minyak. Buah betik eksotika menghasilkan buah yang manis dan besar. Kacukan lembu tenusu (menghasilkan susu) dengan baka dari iklim tropika menghasilkan baka yang boleh menghasilkan susu yang banyak dan tahan cuaca panas.

Penggunaan Teknologi Moden

Selain menggunakan baka yang bermutu tinggi, kita harus juga menggunakan teknologi moden. Penggunaan mesin dalam aktiviti pertanian telah membantu para petani mengatasi masalah pekerja mahir. Penggunaan mesin juga meningkatkan produktiviti. Penggunaan teknologi pengklonan dapat menghasilkan hasil yang seragam yang menbolehkan pemprosesan makanan lebih senang.

Makanan "Gergasi" [Monster Food]

Merupakan istilah yang merujuk kepada makanan yang dihasilkan dari dari tumbuhan yang telah diubahsuai melalui kaedah genetik. Tumbuhan yang kandungan genetiknya telah diubahsuai boleh menghasilkan buah yang besar serta tahan terhadap cuaca dan penyakit. Usaha menghasilkan makanan dari tumbuhan ini walau bagaimanapun telah menimbulkan masalah pencemaran dan kesan buruk kepada alam sekitar.
Selain dari usaha diatas, pendidikan petani, pengurusan tanah yang cekap serta optimum boleh meningkatkan kuantiti makanan.

3. TANPA MAKANAN ?

Bayangkan apa yang akan berlaku jika kita kekurangan makanan?. Sudah pastilah ramai yang akan kekurangan zat makanan akibat pengambilan makanan yang tidak seimbang. Pada akhirnya ramai yang akan mati kebuluran. Kita sangat beruntung kerana mempunyai bekalan makanan yang mencukupi. Kualiti makanan kita juga jauh telah meningkat. Ini adalah kerana hasil titik peluh saintis-saintis kita yang terlibat secara langsung dalam industri makanan negara. Para saintis seperti teknologis makanan dan ahli pertanian telah menggunakan teknologi moden untuk menambahkan pengeluaran makanan negara.

4. PILIHAN BIJAK

Oleh kerana kita didedahkan dengan bermacam-macam jenis makanan terproses, kita hendaklah membuat pilihan bijak supaya kita boleh mendapatkan makanan yang selamat dan berzat. Walaupun aktiviti pemprosesan makanan dikawal rapi menggunakan Akta Makanan (1983) namun kita harus menggunakan kebijaksanaan apabila membeli makanan. Maklumat yang terdapat pada pembungkus hendaklah dibaca dengan teliti sebelum membelinya. Kita juga hendaklah peka supaya tidak hanya tertarik kepada pembungkus yang cantik dan maklumat yang mengelirukan seperti tanda "tanpa Kolestrol", "Bervitamin Tinggi" dan sebagainya. Sebagai seorang konsumer (pengguna) yang bijak kita berhak untuk menolak makanan yang telah rosak serta membahayakan seperti tin yang berkarat. Aduan boleh dibuat menerusi Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Akhirnya kita hendaklah sedar bahawa masalah akan timbul jika pengeluaran makanan negara tidak boleh menyaingi pertambahan penduduk. Sebagai individu kita hendaklah menghindari segala pembaziran makanan seperti membuang sisa makanan yang boleh dikitar semula.
 5. Pemilihan Makanan Yang Diproses 

 Akta Makanan 1983 digubal bertujuan untuk melindungi orang ramai daripada ancaman  kepada kesihatan serta penipuan yang berkaitan dengan pembuatan, penjualan, pengedaran dan penggunaan makanan. Peraturan Makanan 1985 mewajibkan pengeluar melabelkan makanan yang mesti mengandungi:
√  Nama Makanan
√  Kandungan makanan/Ramuan
√  Tarikh luput
√  Nama dan alamat pengilang/pengimpot/pembungkus makanan
√  Kuantiti/Berat bersih
√  Cara penyimpanan












1 comment:

Haziq Jabidin said...

terima kasih atas info yang begitu baik..tapi,saya cadangkan lebih baik masukkan tentang hubungkait kaedah pemprosesan makanan dengan faktor yang merosakkan makanan,,sebab kami sedang buat folio dan maklumat tuu...susah nak cari.tq